Friday, 24 August 2012

tENAngLah waHAi hATi ~

Hati sedih ~~ mengingat kan org yg tersayang ...

Ya Allah ya Tuhanku hanya pd Mu tmpt ku mengadu, hanya diri Mu yg lbh memahami .. sesunggunhnya Engkau Maha Mengetahui tiap2 yg ghaib dn juga yg tersembunyi ..
Hanya Engkau yg mengetahui isi hati ku ...

Aku akan sentiasa berdoa ya Allah, semoga hati kami di dekatkan .. dan semoga pengorbanan ini membawa berkat dn mendapat rahmat dari Mu ya Allah ..

amiin .. amiin ya Allah .. ya Rabb .. 





















Tenangla wahai hati ... Redha la wahai hati .. Istighfar la ....













Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Thursday, 23 August 2012

isTiKHaRah cInTa ~

Ya Allah, jika dia dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya .. 
Tetapi jika dalam ilmuMu dia akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu .. amiin .. :)



















Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa Istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:










Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

waNitA sOLehAh hiAsan teRCantIk DuNIa ~

"isteri cerdik yg solehah .. penyejuk ati penawar duka .. d ruma dia isteri, d jalanan dia kwn, bila sesat dia penunjuk jln .. ^____^ "

suka sgt dgn kata2 ni ... semoga suatu hari nanti aku tergolong dlm golongan isteri2 yg cerdik dan solehah .. 




















wanita solehah idaman lelaki .. 

mungkin dia lebih cantik bila membuka aurat, dan mungkin aku tdk cantik bila menutup aurat, tp biarlah kecantikan itu Allah saja yg menilainya .. kerana kecantikan ini mmg khas buat Dia, yg Maha Berhak ke atas setiap sesuatu .. ^__^



peRanCaNGan Allah ~

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al Baqarah : 216)
















mungkin Allah sudah persiapkan yang terbaik utk ku pd masa akan dtg ... duhai hati .. redha kan la .. tenanglah ...